News & Annoucements
Stay updated with the latest developments, activities, and important announcements related to UMPSA’s Open and Distance Learning (ODL) initiatives.
BENGKEL PENGURUSAN SIM DALAM PELANTAR KALAM ODL



Pekan, 28 Oktober 2025 – Fakulti Pengurusan Industri dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-Credentials (FLEXMC) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan SIM ODL bertempat di Executive Lounge, Perpustakaan UMPSA Pekan. Bengkel ini diadakan sebagai usaha memperkukuh penyediaan dan pengurusan Self-Instructional Material (SIM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam pelantar rasmi KALAM ODL menjelang pelaksanaan penuh Open and Distance Learning (ODL) pada tahun 2026.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk melengkapkan dan menambah baik kandungan bahan pembelajaran SIM agar selaras dengan piawaian pembelajaran dalam talian yang berkesan, interaktif, dan mudah diakses oleh pelajar. Pengarah FLEXMC Prof. Madya Ts. Dr. Awanis Romli telah dijemput sebagai penceramah utama, dibantu oleh Ketua Teknikal FLEXMC Danakorn Nincarean a/l Eh Phon serta tiga orang pegawai pereka Nursurainie Mohamed Shateri, Norshahira Ilahi Abdullah dan Mohd Ali Amirul Azmi yang turut berkongsi kepakaran dalam aspek teknikal dan reka bentuk bahan pembelajaran digital.
Melalui bengkel ini, para peserta yang terdiri daripada pensyarah dan penyelaras kursus diberi pendedahan tentang kaedah pembangunan SIM yang memenuhi standard ODL, termasuk integrasi elemen multimedia, interaktiviti, dan penilaian kendiri. Inisiatif ini diharap dapat mempercepatkan transformasi UMPSA ke arah pelaksanaan pembelajaran fleksibel sepenuhnya menjelang 2026, sekaligus memperkukuh reputasi universiti sebagai institusi yang proaktif dalam memperkasa pendidikan digital dan pembelajaran sepanjang hayat.
UMPSA to Offer 6 ODL Programmes Starting 2026
[July 25, 2025]
UMPSA will begin offering six fully online degree programmes via ODL mode starting in 2026. Programme details and application info will be published soon.
ODL Student Handbook Now Available
[June 30, 2025]
The official ODL Student Handbook has been published and is available for download under the "ODL Guidelines" section.
